Pages

Sunday 22 July 2012

Mari belajar tajwid, Bahagian II.

2. Hamzah

Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.

2.1 Hamzah Qat'ie.

Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari
huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi
nama (harf). Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.


2.2 Hamzah Wasal.

Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif. Hukum Hamzah yang  berbaris atas : Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang ( لا  ) takrif yang sentiasa
disandang pada kata nama am.


Hukum Hamzah yang  berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah.

Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.


Hukum Hamzah yang  berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan.


Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika
ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris
hadapan. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...