Pages

Monday 23 July 2012

Mari belajar tajwid, Bahagian III.

3. Qalqalah

Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun
itu asli atau mendatang.

3.1  Lantunan yang paling rendah (Sughra).

Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah, contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah.


3.2  Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan (Kubra).

Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta' (  ط  ) di dalam kalimah.


3.3  Lantunan yang paling tinggi (Akbar).

Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah.


Sunday 22 July 2012

Mari belajar tajwid, Bahagian II.

2. Hamzah

Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.

2.1 Hamzah Qat'ie.

Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari
huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi
nama (harf). Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.


2.2 Hamzah Wasal.

Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif. Hukum Hamzah yang  berbaris atas : Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang ( لا  ) takrif yang sentiasa
disandang pada kata nama am.


Hukum Hamzah yang  berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah.

Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.


Hukum Hamzah yang  berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan.


Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika
ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris
hadapan. 


Sunday 15 July 2012

Mari belajar tajwid, Bahagian I.

1. Wakaf

Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz, serta maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda (  م  ).



1.2 Wakaf  Ja'iz ( harus berhenti ).

Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

1.3 Wakaf Kafi.

Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya(  ﻲﻠﻗ ).


1.4 Wakaf Tasawi.

Wakaf Tasawi (sama), yaitu tempat berhenti yang sama hukumnya antara wakaf dan washal. Tandanya ( ج ).


1.5 Wakaf Hasan.

Wakaf Hasan (baik), yaitu bacaan yang boleh washal atau wakaf, akan tetapi washal lebih baik dari wakaf. Dinamakan hasan (baik) karena berhenti di tempat itu sudah baik. Tandanya:( صلي ).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...