Pages

Thursday 29 December 2011

Ingatlah, angka 1 sampai 5.

Assalamualaikum semua,

Sesungguhnya, kita manusia, tidak lari daripada melakukan dosa. Tapi, pernahkah kita memikirkan cara-cara untuk menghindari segala perbuatan mazmumah yang kita lakukan? Mungkin itu adalah salah satu cara untuk menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan itu kembali. Pernah dengar ayat ini?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Mesti pernah dengar bukan? Lagipun ini petikan daripada lagu nasyid daripada kumpulan Raihan - Demi masa. Inilah yang dimaksudkan dengan ingat angka 1 sehingga angka 5. Kita perlu beringat sebelum terlambat. Kita tidak mengetahui bilanya kita akan pergi. Bila-bila sahaja, boleh berlaku, mahu kita mati dengan berbajukan maksiat? Mahu kita mati dengan sifat bongkak dan angkuh? Mesti tidak mahu bukan? Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-hambanya, apa tunggu lagi, ayuh bersama tingkatkan pahala, tinggalkan dosa.


Saturday 17 December 2011

Hidup di dunia, ada anda kisah dengan perkara sebegini?

Assalamualaikum semua,

Salam Maghrib, sebab jam menunjukkan tepat pukul 730 malam. Sudah solat maghrib? Saya tahu, saya bukan siapa-siapa untuk menyuruh atau memaksa anda membuat sedemikian, tapi saya hanya mampu menasihati, selagi anda semua masih saudara se Islam ku. Hal sedemikian boleh kita bicara seperti ini :

Situasi :

Seperti macam situasi sekarang, sudah pukul 730 malam, masih belum menunaikan Solat Maghrib. Masih buat tak tahu dengan solat yang wajib ditunaikan. Wahai semua hamba Allah SWT, peringatan untuk semua dan diriku sendiri yang hina ini.
" Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. "

 Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
 Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

 Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.


Ingatlah wahai saudara-saudara ku,
Solat itu tiang agama,
Kalau ditinggalkan, maka runtuhah tiang itu.
Jadi, sama-sama kita mempertahankannya.
InsyaAllah.

Tuesday 6 December 2011

Peringkat Ukhwah




Assalamualaikum. Salam awal Muharram kepada seluruh umat Islam. Hari ini ana nak berkongsi informasi mengenai peringkat2 ukhwah. Ana baru sahaja dapat informasi ini sewaktu ana menghadiri kem. Terasa segan apabila ana baru mengetahui info ini. Kadang-kadang benda-benda yang kecil itu dipandang remeh, sebagai contoh sebuah rumah akan teguh apabila bahan-bahan yang kecil itu digabungkan. Oleh itu, perkara-perkara yang kecil tidak seharusnya dipandang remeh. Hari ini ana nak berkongsi mengenai peringkat-peringkat ukhwah.

1.  berlapang dada dengan sahabat
2.  memberi hak sama rata kepada sahabat
3.  melebihkan sahabat daripada diri sendiri.

Berlapang dada dengan sababat
-          Berlapang dada tidaklah bermaksud sentiasa menerima segala yang dilakukan oleh sahabat. ada tahap yang tertentu. janganlah sampai sahabat melakukan kesalahan yang ketara kita hanya terus berlapang dada. Manusia telah dikurniakan akal untuk menentukan mana yang baik atau buruk. So, pandai-pandailah menentukannnya.


Memberi hak sama rata
-          Apa yang dimaksudkan member hak sama rata ialah sentiasa berlaku adil dengan sahabat-sahabat.


Melebihkan sahabat daripada diri sendiri
-          Sebagai sahabat yang baik, dia akan sentiasa mendahulukan sahabatnya dalam setiap perkara. Sentiasa memastikan sahabatnya senang hati.

Sebagai konklusi ukhwah dalam persahabatan boleh ibaratkan sebuah rumah. Bagaimana terjadinya sebuah rumah itu daripada pelbagai jenis bahan binaan seperti simen, kayu, pasir, besi dan lain-lain. Simen tidak boleh terlalu cair atau keras. Ini bermaksud dalam mengeratkan ukhwah, sahabat perlu saling bertolak ansur supaya tidak berlaku perselisihan pendapat. Sekian sahaja dari ana.

Wednesday 30 November 2011

Bangun subuh adalah satu kewajipan?


Bagi yang beragama Islam, bangun awal ataupun bangun subuh merupakan satu kewajipan terhadap seorang Muslim. Ini kerana, dengan bangun awal, dapat kita melakukan suruhan Allah S.W.T iaitu Solat Subuh. Jika beekesempatan, Solat Dhuha juga dapat kita laksanakannya dengan penuh khusyuk. Tidak susah untuk bangun awal, kerana terdapat cara-cara yang membantu serta membolehkan seorang itu melakukannya. Antara cara-caranya ialah :
Tidur yang mencukupi.

Kita sebagai seorang manusia hendaklah mendapat tidur yang secukupnya. Bagi dewasa, tidur yang mencukupi adalah sekitar 6 - 8 jam setiap hari. Dengan dapat tidur yang mencukupi, InsyaAllah, kita dapat bangun awal dan dapat melaksanakan tugasan harian kita dengan senang sekali.

Kuantiti air juga memainkan peranan!

Kenapa kuantiti air memainkan peranan? Jika kita mengambil kuantiti air sebelum tidur, kita akan menghadapi kesulitan ketika hendak tidur. Hal ini kerana, kita akan berulang-alik ke tandas untuk membuang hadas. Disebabkan itu, jurang masa kita untuk tidur makin lama makin berkurangan.

Bangunlah dan jangan ikutkan nafsu

Kita sering menjadi malas ketika hendak bangun daripada katil kita. Ini serius. Terjadi kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Disebabkan itu, kita boleh terleka dan menjadikan kita telah tinggal dengan suruhan Allah S.W.T yakni solat Subuh. Jadi, bangunlah dan terus bangun, jangan terus lihat kepada bantal, jikalau tidak berjaya, minta pertolongan sesiapa untuk mengejutkan anda dari tidur kembali.

Jadikan ianya sebagai rutin harian anda.

Menjadikan bangun subuh sebagai rutin harian anda, nescaya, setiap pagi anda akan senang untuk bangun awal dengan sendirinya. Gunakan handphone anda sebagai penggerak, minta pertolongan sahabat anda untuk mengejut dari tidur, nescaya anda akan senang untuk bangun subuh setiap hari. Selain itu, amalkan doa sebelum tidur, InsyaAllah semua usaha anda berjaya.

“ Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh!.”

Selamat maju jaya dan selamat mencuba.
Wassalam.

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha

Asal-Usul Aidiladha


Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Salam Aidiladha semua
Wassalam

Wednesday 2 November 2011

Terapi yang sebenar!


MasyaAllah, merdu sekali suara beliau.
Moga-moga suatu hari nanti, kita dapat membaca ayat suci al-Quran sepertinya, insyaAllah
Wassalam.

Saturday 29 October 2011

Sayangi Ibu Bapa anda, itu yang terindah!


Berikutan merupakan doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Mesti setiap manusia di dunia ini, mempunyai kisah yang tersendiri terhadap ibu bapa mereka sendiri bukan? Sebagai contohnya :

1. Membecinya mereka kerana hal-hal tertentu.

Kita sebagai anak mereka, tidak sepatutnya membenci mereka. Mereka tidak pernah mengungkit satu hal pun daripada kita kecil hinggalah dewasa kini. Kita? Hal kecil pun mahu mempebesarkan sehingga sanggup membenci Ibu Bapa kita sendiri? MasyaAllah.

2. Memarahi mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat.

Haram bau syurga jika kita memarahi dan memaki mereka, kerana tanpa mereka, tiadalah kita sebagai anaknya.

DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” 

Riwayat Muslim

" Hormatilah mereka sementara masih ada, jangan kecewa jika sudah tiada "

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Haram apabila memohon mati.


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” 

Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Sebagai contohnya disini,

1. Setiap manusia, mesti akan dikenakan ujian daripada Allah S.W.T. Kadang kala, mesti manusia akan merasakan mati merupakan jalan terakhir. Tetapi, Allah S.W.T itu sayang dan kasih kepada hambanya, disebabkan itu, ujian diturunkan.

2. Setiap muslim juga diharamkan bercita-cita untuk mati, bahkan mencari jalan dan lebih patuh kepada segala suruhan yang diperintahkan. Jangan bersedih dengan apa yang terjadi, anggaplah satu ujian dan merupakan tanda kasih sayang Allah S.W.T.

3. Haram hukumnya jika berfikiran untuk mati, carilah jalan yang lebih sepatutnya agar diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Friday 28 October 2011

Bekerja Itu Ibadah.

Bekerja bukan hanya keperluan, tapi juga kewajiban. Berpahala jika dilakukan, berdosa kalau ditinggalkan. Anas bin Malik meriwayatkan bahwa seorang lelaki dari kaum Anshar datang menghadap Rasulullah saw dan meminta sesuatu kepada beliau. Rasulullah saw bertanya, “Adakah sesuatu di rumahmu?”

“Ada, ya Rasulullah!” jawabnya, “Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebagian kami gunakan untuk selimut dan sebagian kami jadikan alas tidur. Selain itu saya juga mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami pakai untuk minum.”

“Bawalah kemari kedua barang itu,” sambung Rasulullah saw. Lelaki itu membawa barang miliknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah. Setelah barang diterima, Rasulullah saw segera melelongnya. Kepada para sahabat yang hadir pada saat itu, beliau menawarkan pada siapa yang mau membeli. Salah seorang sahabat menawar kedua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi Rasulullah menawarkan lagi, barangkali ada yang sanggup membeli lebih dari satu dirham, “Dua atau tiga dirham?” tanya Rasulullah kepada para hadirin sampai dua kali. Inilah lelong pertama kali yang dilakukan Rasulullah.

Tiba-tiba salah seorang sahabat menyahut, “Saya beli keduanya dengan harga dua dirham.”
Rasulullah menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima wangnya. Wang itu lalu diserahkan kepada lelaki Anshar tersebut, seraya berkata, “Belikan satu dirham untuk keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini.”
Tak lama kemudian orang tersebut kembali menemui Rasulullah dengan membawa kapak. Rasulullah saw melengkapi kapak itu dengan membuatkan gagangnya terlebih dahulu, lantas berkata, “Pergilah mencari kayu bakar, lalu hasilnya kamu jual di pasar, dan jangan menemui aku sampai dua pekan.”

Lelaki itu taat melaksanakan perintah Rasulullah. Setelah dua pekan berlalu ia menemui Rasulullah melaporkan hasil kerjanya. Lelaki itu bertuturkan bahwa selama dua pekan ia berhasil mengumpulkan wang sepuluh dirham setelah sebagian dibelikan makanan dan pakaian. Mendengar pertuturan lelaki Anshar itu, Rasulullah bersabda, “Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari kiamat.”

Rasulullah saw memberikan pelajaran menarik tentang pentingnya bekerja. Dalam Islam bekerja bukan sekadar memenuhi keperluan perut, tapi juga untuk memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang seharusnya dijunjung tinggi. Kerananya, bekerja dalam Islam menempati posisi yang teramat mulia. Islam sangat menghargai orang yang bekerja dengan tangannya sendiri. Rasulullah saw pernah ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau menjawab, “Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua perjualbelian yang dianggap baik,” (HR Ahmad dan Baihaqi).

Sedemikian tingginya penghargaan itu sehingga orang yang bersungguh-sungguh bekerja disejajarkan dengan mujahid fi sabilillah. Kerja tak hanya menghasilkan nafkah materi, tapi juga pahala, bahkan maghfirah dari Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, “Jika ada seseorang yang keluar dari rumah untuk bekerja guna mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka ia telah berusaha di jalan Allah. Jika ia bekerja untuk dirinya sendiri agar tidak sampai meminta-minta pada orang lain, itu pun di jalan Allah. Tetapi jika ia bekerja untuk berpamer atau bermegah-megahan, maka itulah ‘di jalan setan’ atau karena mengikuti jalan setan,” (HR Thabrani).

Kerja juga berkait dengan martabat manusia. Seorang yang telah bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah martabat dan kemuliannya. Sebaliknya, orang yang tidak bekerja alias menganggur, selain kehilangan martabat dan harga diri di hadapan dirinya sendiri, juga di hadapan orang lain. Jatuhnya harkat dan harga diri akan menjerumuskan manusia pada perbuatan hina. Tindakan mengemis, merupakan kehinaan, baik di sisi manusia maupun di sisi Allah SWT. Orang yang meminta-minta kepada sesama manusia tidak saja hina di dunia, tapi juga akan dihinakan Allah kelak di akhirat.

Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu bakar, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluan, itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain,” (HR Bukhari dan Muslim).

Bekerja juga berkait dengan kesucian jiwa. Orang yang sibuk bekerja tidak akan ada waktu untuk bersantai-santai dan melakukan ghibah serta membincangkan orang lain. Ia akan menggunakan waktunya untuk meningkatkan kualitas kerja dan usaha.

Begitu pentingnya arti bekerja, sehingga Islam menetapkannya sebagai suatu kewajiban. Setiap Muslim yang berkemampuan wajib hukumnya bekerja sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Abu Hanifah adalah seorang ulama besar yang sangat dihormati. Ilmunya luas dan muridnya banyak. Di tengah kesibukannya belajar dan mengajar, ia masih menyempatkan diri untuk bekerja sehingga tidak jelas apakah ia seorang pedagang yang ulama atau ulama yang pedagang. Baginya, berusaha itu suatu keharusan. Sedangkan berjuang, belajar dan mengajarkan ilmu itu juga kewajiban.

Tentang nilai usaha ini, Islam tidak hanya bicara dalam tataran teori, tapi juga memberikan contohnya. Rasulullah saw adalah seorang pekerja. Para sahabat yang mengelilingi beliau juga adalah para pekerja. Delapan sahabat Rasulullah saw yang dijamin masuk surga adalah para saudagar yang kaya.

Kenapa orang yang bekerja itu mendapatkan pahala di sisi Allah SWT? Jawabannya sederhana, kerana bekerja dalam konsep Islam merupakan kewajiban atau fardhu. Dalam kaedah fiqh, orang yang menjalankan kewajiban akan mendapatkan pahala, sedangkan mereka yang meninggalkannya akan terkena sanksi dosa. Tentang kewajiban bekerja, Rasulullah bersabda, “Mencari rezeki yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat, puasa dan sebagainya),” (HR ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Kerana bekerja merupakan kewajiban, maka tak heran jika Umar bin Khaththab pernah menghalau orang yang berada di masjid agar keluar untuk mencari nafkah. Umar tak suka melihat orang yang pada siang hari tetap asyik duduk di masjid, sementara sang mentari sudah terpancar bersinar.

Sumber : Himpunan Kisah-kisah Agama

Something to share for all Muslimin and Muslimah


Assalamualaikum,

For the beginning, i am asking forgiveness if my knowledge in Islam that's was not too strong to shared. But, let me guess, by sharing a knowledge, will make we as a Muslimin and Muslimah can adapt more point and idea that we didn't know before.

So, in this Hope blog's, i will update about the:
1. Tajwid
2. Feqah
3. Islamic Video's
4. Surah-surah
5. Etc about Islamic knowledge

Not only that, we also can change a lots of idea here, and make we know more than that. We can help each other. InsyaAllah .

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...