Pages

Wednesday 30 November 2011

Bangun subuh adalah satu kewajipan?


Bagi yang beragama Islam, bangun awal ataupun bangun subuh merupakan satu kewajipan terhadap seorang Muslim. Ini kerana, dengan bangun awal, dapat kita melakukan suruhan Allah S.W.T iaitu Solat Subuh. Jika beekesempatan, Solat Dhuha juga dapat kita laksanakannya dengan penuh khusyuk. Tidak susah untuk bangun awal, kerana terdapat cara-cara yang membantu serta membolehkan seorang itu melakukannya. Antara cara-caranya ialah :
Tidur yang mencukupi.

Kita sebagai seorang manusia hendaklah mendapat tidur yang secukupnya. Bagi dewasa, tidur yang mencukupi adalah sekitar 6 - 8 jam setiap hari. Dengan dapat tidur yang mencukupi, InsyaAllah, kita dapat bangun awal dan dapat melaksanakan tugasan harian kita dengan senang sekali.

Kuantiti air juga memainkan peranan!

Kenapa kuantiti air memainkan peranan? Jika kita mengambil kuantiti air sebelum tidur, kita akan menghadapi kesulitan ketika hendak tidur. Hal ini kerana, kita akan berulang-alik ke tandas untuk membuang hadas. Disebabkan itu, jurang masa kita untuk tidur makin lama makin berkurangan.

Bangunlah dan jangan ikutkan nafsu

Kita sering menjadi malas ketika hendak bangun daripada katil kita. Ini serius. Terjadi kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Disebabkan itu, kita boleh terleka dan menjadikan kita telah tinggal dengan suruhan Allah S.W.T yakni solat Subuh. Jadi, bangunlah dan terus bangun, jangan terus lihat kepada bantal, jikalau tidak berjaya, minta pertolongan sesiapa untuk mengejutkan anda dari tidur kembali.

Jadikan ianya sebagai rutin harian anda.

Menjadikan bangun subuh sebagai rutin harian anda, nescaya, setiap pagi anda akan senang untuk bangun awal dengan sendirinya. Gunakan handphone anda sebagai penggerak, minta pertolongan sahabat anda untuk mengejut dari tidur, nescaya anda akan senang untuk bangun subuh setiap hari. Selain itu, amalkan doa sebelum tidur, InsyaAllah semua usaha anda berjaya.

“ Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh!.”

Selamat maju jaya dan selamat mencuba.
Wassalam.

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha

Asal-Usul Aidiladha


Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Salam Aidiladha semua
Wassalam

Wednesday 2 November 2011

Terapi yang sebenar!


MasyaAllah, merdu sekali suara beliau.
Moga-moga suatu hari nanti, kita dapat membaca ayat suci al-Quran sepertinya, insyaAllah
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...