Pages

Thursday 29 December 2011

Ingatlah, angka 1 sampai 5.

Assalamualaikum semua,

Sesungguhnya, kita manusia, tidak lari daripada melakukan dosa. Tapi, pernahkah kita memikirkan cara-cara untuk menghindari segala perbuatan mazmumah yang kita lakukan? Mungkin itu adalah salah satu cara untuk menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan itu kembali. Pernah dengar ayat ini?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Mesti pernah dengar bukan? Lagipun ini petikan daripada lagu nasyid daripada kumpulan Raihan - Demi masa. Inilah yang dimaksudkan dengan ingat angka 1 sehingga angka 5. Kita perlu beringat sebelum terlambat. Kita tidak mengetahui bilanya kita akan pergi. Bila-bila sahaja, boleh berlaku, mahu kita mati dengan berbajukan maksiat? Mahu kita mati dengan sifat bongkak dan angkuh? Mesti tidak mahu bukan? Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-hambanya, apa tunggu lagi, ayuh bersama tingkatkan pahala, tinggalkan dosa.


Saturday 17 December 2011

Hidup di dunia, ada anda kisah dengan perkara sebegini?

Assalamualaikum semua,

Salam Maghrib, sebab jam menunjukkan tepat pukul 730 malam. Sudah solat maghrib? Saya tahu, saya bukan siapa-siapa untuk menyuruh atau memaksa anda membuat sedemikian, tapi saya hanya mampu menasihati, selagi anda semua masih saudara se Islam ku. Hal sedemikian boleh kita bicara seperti ini :

Situasi :

Seperti macam situasi sekarang, sudah pukul 730 malam, masih belum menunaikan Solat Maghrib. Masih buat tak tahu dengan solat yang wajib ditunaikan. Wahai semua hamba Allah SWT, peringatan untuk semua dan diriku sendiri yang hina ini.
" Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. "

 Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
 Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

 Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.


Ingatlah wahai saudara-saudara ku,
Solat itu tiang agama,
Kalau ditinggalkan, maka runtuhah tiang itu.
Jadi, sama-sama kita mempertahankannya.
InsyaAllah.

Tuesday 6 December 2011

Peringkat Ukhwah




Assalamualaikum. Salam awal Muharram kepada seluruh umat Islam. Hari ini ana nak berkongsi informasi mengenai peringkat2 ukhwah. Ana baru sahaja dapat informasi ini sewaktu ana menghadiri kem. Terasa segan apabila ana baru mengetahui info ini. Kadang-kadang benda-benda yang kecil itu dipandang remeh, sebagai contoh sebuah rumah akan teguh apabila bahan-bahan yang kecil itu digabungkan. Oleh itu, perkara-perkara yang kecil tidak seharusnya dipandang remeh. Hari ini ana nak berkongsi mengenai peringkat-peringkat ukhwah.

1.  berlapang dada dengan sahabat
2.  memberi hak sama rata kepada sahabat
3.  melebihkan sahabat daripada diri sendiri.

Berlapang dada dengan sababat
-          Berlapang dada tidaklah bermaksud sentiasa menerima segala yang dilakukan oleh sahabat. ada tahap yang tertentu. janganlah sampai sahabat melakukan kesalahan yang ketara kita hanya terus berlapang dada. Manusia telah dikurniakan akal untuk menentukan mana yang baik atau buruk. So, pandai-pandailah menentukannnya.


Memberi hak sama rata
-          Apa yang dimaksudkan member hak sama rata ialah sentiasa berlaku adil dengan sahabat-sahabat.


Melebihkan sahabat daripada diri sendiri
-          Sebagai sahabat yang baik, dia akan sentiasa mendahulukan sahabatnya dalam setiap perkara. Sentiasa memastikan sahabatnya senang hati.

Sebagai konklusi ukhwah dalam persahabatan boleh ibaratkan sebuah rumah. Bagaimana terjadinya sebuah rumah itu daripada pelbagai jenis bahan binaan seperti simen, kayu, pasir, besi dan lain-lain. Simen tidak boleh terlalu cair atau keras. Ini bermaksud dalam mengeratkan ukhwah, sahabat perlu saling bertolak ansur supaya tidak berlaku perselisihan pendapat. Sekian sahaja dari ana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...