Pages

Saturday, 29 October 2011

Haram apabila memohon mati.


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” 

Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Sebagai contohnya disini,

1. Setiap manusia, mesti akan dikenakan ujian daripada Allah S.W.T. Kadang kala, mesti manusia akan merasakan mati merupakan jalan terakhir. Tetapi, Allah S.W.T itu sayang dan kasih kepada hambanya, disebabkan itu, ujian diturunkan.

2. Setiap muslim juga diharamkan bercita-cita untuk mati, bahkan mencari jalan dan lebih patuh kepada segala suruhan yang diperintahkan. Jangan bersedih dengan apa yang terjadi, anggaplah satu ujian dan merupakan tanda kasih sayang Allah S.W.T.

3. Haram hukumnya jika berfikiran untuk mati, carilah jalan yang lebih sepatutnya agar diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...